Sebagai REN yang profesional, bukan semua listing boleh diambil dan diiklankan. Menapis listing ialah langkah penting untuk jaga masa, reputasi dan hasil jualan.
1) Elak Listing “Tak Masuk Akal”
Contoh:
– Harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan nilai pasaran
– Penjual tak fleksibel langsung
– Dokumen tak lengkap ataupun isu pemilikan
Akhirnya iklan telah dibuat, view ada tetapi closing tiada.
2. Jaga Masa Dan Kos
Iklan perlukan:
- Masa. Daripada bazirkan masa sia-sia lebih baik masa itu digunakan untuk bersama keluarga.
- Duit. Daripada bakar duit sia-sia lebih baik belanja anak dan isteri makan-makan.
- Tenaga susulan (follow up). Daripada pening kepala buat follow up kosong lebih baik tidur simpan tenaga untuk buat kerja lain.
Akhirnya jika listing tak ada kualiti, semua kerja anda hanya sia-sia.
3. Jaga Reputasi REN
REN yang kerap iklankan rumah:
- Harga tak realistik. Boleh menjatuhkan maruah dan air muka REN serta ejensi. Adakah REN tak cukup latihan atau ejensi memang tidak sediakan latihan kepada REN mereka.
- Maklumat tak tepat. Boleh menimbulkan salah faham dan kecelaruan antara pembeli dan REN.
Akhirnya REN akan dianggap tak faham pasaran dan kurang kredibiliti.
4. Hormati Pembeli
Pembeli yang serius akan:
– Hilang kepercayaan bila info tak betul. REN tersebut akan dicop tak boleh dipercayai untuk berurusan di masa akan datang.
– Penat tengok rumah yang tak boleh jalan (tak ada kualiti). REN yang ada maruah akan menghargai (respect) kepada klien supaya mereka tidak dihampakan dengan tindakan yang disengajakan.
Sebagai REN profesional tak jual harapan kosong.
5. Jaga Amanah Penjual
Menapis listing bermaksud:
– Berani nasihatkan harga sebenar dan bukannya sebut ikut suka.
– Tetapkan strategi pemasaran yang betul bukannya belasah ikut selera.
– Fokus kepada win-win situation antara penjual dan pembeli.
Kesimpulannya, ambil sedikit listing yang berkualiti lebih baik daripada banyak listing yang tak ada kualiti dan tak boleh dijual.
REN yang bijak bukan setakat pandai penapis pembeli, tetapi pandai menapis listing.
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”
- SELEPAS TUKAR EJENSI HARTANAH, REN JADI SENDU — APA SEBABNYA?
- DUNIA REN: ANTARA KENANG JASA DAN KEBERKATAN DALAM HIDUP
- AWALNYA REN, AKHIRNYA JADI PELABUR HARTANAH: TAK SEMUA EJENSI HARTANAH BERI PENDEDAHAN
- MENGAPA REN PERLU TAPIS LISTING SEBELUM IKLANKAN?
- NAK BELI RUMAH: KENALI CIRI-CIRINYA DAN PADANKAN DENGAN KEPERLUAN SERTA KELAYAKAN




