Kamaruzaman Omar

Blog

AWALNYA REN, AKHIRNYA JADI PELABUR HARTANAH: TAK SEMUA EJENSI HARTANAH BERI PENDEDAHAN

Ramai yang masuk dunia hartanah bermula sebagai Real Estate Negotiator (REN). Fokusnya satu jual rumah, tutup jualan, dapat komisen.

Tetapi selepas beberapa tahun baru mereka sedar orang yang paling untung dalam hartanah bukan sekadar yang menjual, tetapi yang memiliki.

Namun realitinya, tak semua ejensi hartanah membuka jalan ini kepada REN mereka.

Dari REN ke Pelabur: Perjalanan Yang Berbeza.

Menjadi REN mengajar kita:

1) Cara nilai harga pasaran.

2) Faham psikologi pembeli & penjual.

3) Kenal lokasi yang “hidup” dan yang bakal naik.

Ini adalah ilmu pelaburan yang mahal, tetapi malangnya tidak semua ejensi ajar REN bagaimana ilmu ini boleh ditukar menjadi aset peribadi.

Kenapa Ada Ejensi Tak Dedahkan Ilmu Pelaburan?

1. Fokus ejensi hanya pada jualan.

Ada ejensi yang melihat REN semata-mata sebagai sales force.

Selagi boleh buat sales, buat sampai lunyai.

2. Tak semua leader sendiri seorang pelabur.

Sukar mengajar sesuatu yang tidak pernah dibuat.

Leader yang tak pernah melabur biasanya hanya fokus:

– Closing

– Target

– Ranking

3. Takut REN “naik level” terlalu cepat.

Ada juga mentaliti lama:

“Kalau REN pandai melabur, nanti mereka kurang fokus jual rumah.”

Sedangkan hakikatnya, REN yang faham pelaburan biasanya:

– Lebih yakin bercakap dengan klien

– Lebih dipercayai

– Lebih lama bertahan dalam industri

Nilai Tambah Bila REN Didedahkan Dunia Pelaburan

REN yang faham pelaburan hartanah akan:

– Boleh bezakan rumah untuk duduk vs rumah untuk untung.

– Lebih jujur dalam nasihat kepada klien.

– Merancang kewangan jangka panjang, bukan hidup atas komisen semata-mata.

Akhirnya, REN ini tidak hanya kejar jualan, tetapi bina legasi aset sendiri.

Kesimpulannya,

Tak salah jadi REN sepanjang hayat.

Tetapi lebih rugi jika 10 –15 tahun dalam hartanah, langsung tiada satu pun aset sendiri.

Ejensi yang baik bukan sekadar ajar cara menjual rumah orang lain,

tetapi membuka jalan supaya REN juga mampu memiliki hartanah sendiri.

Kerana kejayaan sebenar dalam hartanah bukan diukur pada

berapa banyak unit dijual, tetapi berapa banyak aset yang kekal dimiliki apabila kita berhenti menjual.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top