1. “Nampak Sibuk”, Tapi Hakikatnya Tak Buat Apa-Apa
Ramai REN suka rasa diri “productive” sebab tengah belajar market, tengok trend dan hafal skrip.
Padahal tak menghasilkan komisen. Anda cuma kelihatan sibuk bukan bergerak.
2. Suka Belajar Tapi Tak Suka Buat
Bila asyik mengkaji, konon nak “faham betul-betul dulu”, itu sebenarnya alasan halus untuk elak rejection.
REN yang takut gagal akan cari alasan:
“Biar aku kaji dulu…”
“Biar aku faham market dulu…”
Sedangkan REN berjaya faham sambil jalan, bukan faham baru nak jalan.
3. Banyak Menganalisa Akan Tertinggal
Ketika anda sibuk:
– Kaji pasaran
– Kaji trend
– Kaji iklan orang lain
– Kaji strategi content
REN lain dah:
✓ Dapat 2 listing baru
✓ Secure buyer
✓ Buat viewing
✓ Close deal
Pasaran tak tunggu sesiapa. Yang bergerak dulu, menang dulu.
4. Jangan Jadi “REN Di Atas Kertas”.
Di atas kertas anda power:
– Tahu sub-sale
– Tahu bank requirement
– Tahu demand area
– Tahu tone iklan
Tapi di lapangan…
❌ Tak berani call owner
❌ Tak consistent follow-up
❌ Tak pergi viewing
❌ Tak buat video
Akhirnya ilmu banyak, tapi poket kosong.
5. Tunggu ‘Masa Paling Sesuai’ Untuk Bermula?
REN yang tunggu masa “paling sesuai” untuk mula akan mati dalam menunggu.
Pasaran akan sentiasa berubah.
Kalau bukan interest rate naik, polisi bank berubah.
Kalau bukan itu, demand berubah.
Kalau bukan itu, pesaing makin ramai.
Kalau tak mula hari ini, esok pun sama.
6. Ilmu Tanpa Tindakan Ibarat Mesin Power Tanpa Minyak
Tak penting anda tahu 30 teknik closing.
Yang penting, anda buat 30 call.
Tak penting tahu 20 strategi marketing.
Yang penting, anda postkan 1 content hari ini.
Komisen tak datang dari kajian, komisen datang dari tindakan.
7. Anda Bukan Tak Pandai…
Ini hakikat paling anda kena terima.
Ramai REN sebenarnya dah cukup ilmu:
– Pernah join training
– Pernah join coaching
– Tahu SOP
– Tahu script
Tetapi…
Mereka pilih untuk bertangguh setiap hari.
Tangguh sedikit…
Tangguh esok…
Tangguh lagi…
Tahu-tahu, setahun berlalu tapi result sama.
8. REN Yang Berjaya Tak Tunggu Sempurna
Mereka tahu langkah pertama takkan sempurna.
Viewing pertama memang berdebar.
Penjelasan timeline pertama memang terketar-ketar.
Call pertama gugup.
Content pertama biasa-biasa.
TAPI MEREKA BERGERAK.
Dan kerana mereka bergerak,
mereka belajar lebih cepat daripada REN yang hanya mengkaji.
9. Dunia REN Hanya Ada Dua Kategori:
(A) REN Yang Banyak Cakap Pasaran
– “market slow…”
– “syarat pinjaman ketat…”
– “buyer cerewet, owner perlu masa…”
Tapi diri sendiri tak buat kerja sepatutnya.
(B) REN Yang Banyak Tindakan
– Follow-up tanpa jemu
– Buat iklan setiap hari
– Jumpa owner
– Bina networking
– Tak buang masa
Inilah REN yang banyak menjual walaupun pasaran tak berapa baik.
Kesimpulannya:
Kalau anda tak berani ambil tindakan hari ini…
Jangan pelik kalau 6 bulan lagi, REN yang baru masuk sudah potong anda.
Ilmu bukan penentu.
Hanya tindakan yang menentukan siapa yang dapat komisen, siapa yang sekadar cakap.
Kamaruzaman Omar
“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”
- SELEPAS TUKAR EJENSI HARTANAH, REN JADI SENDU — APA SEBABNYA?
- DUNIA REN: ANTARA KENANG JASA DAN KEBERKATAN DALAM HIDUP
- AWALNYA REN, AKHIRNYA JADI PELABUR HARTANAH: TAK SEMUA EJENSI HARTANAH BERI PENDEDAHAN
- MENGAPA REN PERLU TAPIS LISTING SEBELUM IKLANKAN?
- NAK BELI RUMAH: KENALI CIRI-CIRINYA DAN PADANKAN DENGAN KEPERLUAN SERTA KELAYAKAN




