Kamaruzaman Omar

Blog

KENAPA ORANG LUAR CAKAP KERJA REN NI MODAL AIR LIUR JE?

Memang itu yang orang luar nampak. Kenapa? Sebab mereka tak nampak apa yang berlaku di sebalik tabir. Mereka hanya nampak kita bercakap dengan klien sama ada melalui telefon mahupun depan-depan. Mereka tak nampak harga yang kita bayar sebelum dapat bercakap.

1️⃣ Sebab Mereka Nampak Benda Yang Paling Senang Cakap

Bagi mereka:

  • Buka mulut dah dikira kerja.
  • “Cakap je pun dapat komisen.”

Padahal mereka tak tahu air liur itu datang selepas kita:

  • Penat follow up 3–6 bulan.
  • Tahan rejection berkali-kali.
  • Jawab pelbagai karenah manusia dan tanyakan soalan pelik-pelik.
  • Jumpa seller/buyer yang last minute cancel.
  • Bina network, bina trust dari zero.

Air liur tu bahagian paling kecil dalam kerja REN.

2️⃣ Mereka Tak Faham Kos Sebenar Dalam Industri REN

Mereka tak nampak kita bayar:

  • Kos petrol & tol.
  • Kos marketing, iklan, poster, video.
  • Kos masa (masa paling mahal).
  • Kos belajar: kelas, training, coaching.
  • Kos mental tahan pressure & kecaman.

Modal REN bukan air liur modal REN adalah KETEKUNAN + MASA + ILMU + DISIPLIN.

3️⃣ Mereka Tak Nampak “KERJA SENYAP” REN Buat

Di balik satu deal:

  • REN kaji pasaran setempat.
  • REN tanyakan penilai (valuer), bentangkan kepada pembeli dan buat perbandingan.
  • REN sediakan proposal.
  • REN aturkan temu janji viewing dan beberapa kali kena sidai.
  • REN tapis buyer
  • REN urus dokumen pinjaman sebelum dihantar kepada pihak bank.
  • REN jaga pihak penjual supaya tak merajuk atau tak nak teruskan penjualan.
  • REN jaga pihak pembeli supaya tak hilang dari radar.

Kalau salah satu gagal, deal mungkin tak akan jadi.

4️⃣ Mereka Tak Tahu KITA BUKAN JUAL RUMAH KITA JUAL KEYAKINAN

Orang luar fikir kita “jual rumah”.
Sebenarnya kita jual penyelesaian masalah:

  • Bantu pemilik terdesak yang nak cepat jual.
  • Bantu buyer cari rumah ikut kelayakan dan kemahuannya.
  • Bantu keluarga dapat rumah impian.
  • Bantu pelabur hartanah naikkan portfolio mereka.

Air liur?
Tak. Itu komunikasi. Ini kerjaya profesional.

5️⃣ Mereka Lihat HASIL, Bukan PERJUANGAN

Orang tengok:

  • REN drive kereta yang agak selesa.
  • Bawa buyer sana sini.
  • Dapat komisen besar.

Tapi mereka tak nampak:

  • Hari-hari jadi “call center”.
  • 100 orang bluetick.
  • 20 viewing tapi no booking.
  • Tahan maki dari penjual.
  • Tahan karenah cerewet dari pembeli.
  • Tahan suami atau isteri tanya “berapa buah rumah dah jual bulan ni?”

Kalau kerja ini betul-betul “modal air liur” kenapa ramai REN yang hilang dari radar? Kenapa yang cakap tu tak nak jadi REN?

KESIMPULANNYA

Orang yang kata kerja REN “modal air liur” sebenarnya tak pernah rasa pedihnya kerja ini.
Tapi tak apa biarlah mereka terus fikir kerja kita senang, biar mereka terus pandang rendah sebab hasil kita nanti yang menjawab.

Kamaruzaman Omar

Anda nak jual rumah, beli atau lain-lain hartanah??? Sila klik >>>> http://wasap.my/60192828264/Nakjualrumah

“Kamaruzaman Omar REN14067 – Perunding Hartanah Berdaftar dengan Protasa Properties cover di Sungai Buloh, Puncak Alam & Shah Alam”

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top